Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Tentang kami

MISI . VISI . NILAI
ēRYAbySURIA sentiasa menekankan usaha bagi meletakkan Malaysia sebagai salah satu tempat tumpuan pelancong seantero dunia sekaligus menaikkan taraf ekonomi setempat dan menggalakkan sektor pelancongan negara. ēRYAbySURIA juga dalam langkah untuk menjadi satu nama yang sentiasa meniti di bibir pelancong-pelancong terutama mereka yang mengidamkan percutian yang mesra alam semulajadi. ēRYAbySURIA menitikberatkan percutian yang membolehkan semua pengunjungnya menikmati keindahan hutan, pantai, air panas semulajadi serta bandar yang akan memberi pengunjungnya sejuta kenangan untuk dibawa pulang.

 
Tidak ketinggalan, ēRYAbySURIA akan terus mengukuhkan usaha untuk menjadi hub pelancongan yang terkemuka di Malaysia. Dari penyediaan penginapan dan perkhidmatan bertaraf dunia hinggalah ke keindahan kawasannya, ēRYAbySURIA tidak akan berkompromi dengan mutu dan kualiti untuk memberi kepuasan kepada pengunjungnya.

 
ēRYAbySURIA adalah metamorphosis bagi Suria Resorts & Hotels yang diberikan nafas baru, ia menjamin penginapan yang anda tidak akan lupakan melalui pilihan hotel-hotel ēRYAbySURIA. Sesungguhnya hiasan bilik yang berlainan dan menyegarkan akan membuat semua pengunjung berat hati untuk pulang.

 
Kami di ēRYAbySURIA mengalu-alukan kedatangan anda. Pengalaman percutian yang menarik menanti anda di ēRYAbySURIA. Kami sentiasa bersedia memenuhi kehendak dan impian percutian anda dalam mengekalkan posisi ēRYAbySURIA sebagai antara jenama penginapan terbaik di Malaysia.

 
Kami di ēRYAbySURIA sentiasa menekan konsep keluarga dan ramah dalam melayan pengunjung-pengunjung ēRYAbySURIA. Ahli keluarga ēRYAbySURIA juga telah dilatih bagi meletakkan diri mereka sebagai pengunjung bagi memberi mereka motivasi untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Our hotels in: Malaysia

Hot spring Bentong, PahangBentong, Pahang
View all offers
Cherating, PahangCherating, Pahang
View all offers
Janda Baik, PahangMukim Bentong, Pahang
View all offers
Merang Holiday Park, TerengganuSetiu, Terengganu
View all offers