Terletak di lokasi yang sangat strategik di sepanjang perairan Laut China Selatan, ēRYAbySURIA Cherating, Pahang amat terkenal dengan keindahan pantai yang memutih disinari cahaya suria.
Cherating adalah destinasi wajib kunjung bagi pelancong-pelancong serata dunia dan ēRYAbySURIA Cherating, Pahang terletak hanya 45 kilometer dari pusat bandar Pahang, Kuantan.
Tidak kira melancong bersama keluarga, insan tersayang mahupun rakan taulan, ēRYAbySURIA Cherating, Pahang menyediakan resepi percutian terbaik pada yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota.
Datanglah ke ēRYAbySURIA Cherating dan jangan ketinggalan untuk meneroka tempat-tempat menarik di sini seperti Tasik Chini, Gua Charah, Pusat Pembiakan Penyu dan Kampung Kebudayaan Cherating. Malam anda juga tidak akan sunyi dengan peluang melawat pertunjukan kunang-kunang di Libok.
Tidak ketinggalan, pengunjung-pengunjung harus melawat kedai-kedai menjual ikan-ikan segar, keropok mentah dan lekor – dan mencuba makanan wajib di sini – nasi dagang.
Bersiap sedialah dengan pakaian mandi anda dan rasainya keseronokan bermain dengan ombak dan nikmatilah pemandangan matahari terbenam di kala senja menjengah.
Cherating sesuai untuk mereka yang suka berjalan! Perjalanan yang santai selama 6 jam dari Kuala Lumpur yang bersambung dengan jalan raya dan lebuh raya utama.
Dari Kuala Lumpur masuk ke lebuh raya pantai timur sehingga exit ke Jabor dan masuk ke jalan Balok, Kemaman. Dari situ terus sahaja sehingga masuk ke kawasan Bandar Baru Chendor/RnR Bandar Baru Chendor (di sebelah kiri arah dari Kuala Lumpur). Seterusnya, dalam 300 hingga 500 meter ke hadapan sehingga menjumpai signboard eRYAbySURIA Cherating dan belok ke kanan.
Kami menanti kehadiran anda.