Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

London

Alami pengalaman menarik kota raya London dengan menginap di Royal Cambridge Hotel, London yang menekankan kehidupan serba mewah yang terbaik. Royal Cambridge Hotel ini tersergam mewah di Sussex Garden di tengah-tengah kawasan Paddington yang berprestij. Hanya Royal Cambridge Hotel yang akan menjadi pilihan anda setelah seharian meneroka tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya London. Hotel ini menjanjikan penginapan dengan adunan sempurna elegan, sofisikated dan kontemporari.

London

The Royal Cambridge Hotel London

The Royal Cambridge Hotel, London ini terletak di kawasan Paddington di dalam bandaraya London dengan taman paling popular di dunia, Hyde Park hanya terletak beberapa minit perjalanan dari hotel. Lokasinya yang sangat strategik baik untuk yang melakukan lawatan perniagaan mahupun yang ke London untuk bagi membeli-belah, The Royal Cambridge Hotel, London adalah pilihan penginapan yang tepat dengan harga yang berpatutan. Umum ketahui London mempunyai semua jenis tarikan dari sejarah hingga ke keunikan makanan dari serata dunia.

 

Percutian anda ke kota metropolitan ini tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Tower of London, Westminster Abbey dan Big Ben. Dan sambil anda menyelusuri Sungai Thames yang terkenal, anda juga boleh menikmati pemandangan indah kota London dari udara dengan menaiki London eye. Antara tarikan lain yang terdapat di London ialah Marble Arch, Oxford Street, Madame Tussauds, Bayswater, Trafalgar Square dan muzium-muzium yang amat terkenal.

 

The Buckingham Palace, Kensington Gardens, Piccadilly Circus, Knightsbridge juga adalah antara pusat pelancongan yang terletak berhampiran dengan hotel ini dan perjalanan anda dimudahkan dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisien. Hotel ini juga terletak kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow melalui pengangkutan keretapi laju Heathrow Express dari Stesen Paddington.  Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman santapan dari pelbagai negara, deretan restoran halal dari timur tengah hingga ke makanan barat menanti anda kira-kira 10 minit berjalan dari hotel ini. Setelah seharian menjelajah bandaraya London, The Royal Cambridge Hotel pastinya penginapan paling sesuai untuk mengakhiri hari anda.

 

Kehadiran anda akan kami sambut dengan mesra.

More info

Di mana kami

Address 124-126 Sussex Gardens, W2 1UB London United Kingdom Phone +44 20 7873 0000   Fax +44 02 7873 0830