Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Janda Baik, Pahang

Terokai perjalanan merentas masa apabila anda merasai pengalaman menetap di kampong atau rumah tradisional melayu yang telah disuntik dengan elemen mewah dan moden. ĒRYAbySURIA Janda Baik, Pahang menawarkan seni reka menarik menggunakan kayu jati dan menawarkan kehijauan yang didambakan lengkap dengan air terjun,antara yang tercantik di Malaysia sambil mendengar desiran air sungai di JandaBaik. Resort ini terletak dalam lanskap yang sunyi dan damai berlatar belakangkan hutan hujan tropika dan bukit bukau, memberi semua pengunjungnya kedamaian dan ketenangan serta peluang untuk merasai keindahan alam semulajadi.

Janda Baik, Pahang

ēRYAbySURIA Janda Baik, Pahang ialah penginapan eksklusif yang mampu menyentuh minat pencinta-pencinta alam kerana ia terletak di lokasi yang strategik di Janda Baik, sebuah daerah di Pahang yang cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, dan dilengkapi dengan bukit bukau yang menghijau.

 

Janda Baik terletak di sebuah lembah yang terlindung di sebalik hutan hujan tropika yang menebal serta aliran sungai yang deras dan air terjun yang menakjubkan.

 

Dengan kedudukannya yang begitu dekat dengan Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, – kira-kira 45 kilometer dan jarak perjalanan lebih kurang sejam, Janda Baik sangat terkenal sebagai destinasi perlancongan dan rekreasi untuk warga kota yang mahu tenggelamkan diri dalam panorama hutan hijau bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

 

Datanglah ke ēRYAbySURIA Janda Baik dan rebut peluang untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Air Terjun Ulu Tampit Waterfall, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Deer Land and Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti riadah seperti aktiviti menyelusuri hutan dan bersiar-siar pada waktu malam, mengambil angin segar.

 

ēRYAbySURIA Janda Baik membawa anda kembali kepada kepangkuan desa dan alam menghijau tetapi lebih istimewa, dengan suasana yang lebih bergaya dan elegan.

 

Janda Baik hanya 45 kilometer Utara Kuala Lumpur. Perjalan lebih kurang 1 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Gombak – Karak. Setelah melepasi terowong yang pertama, ambil U-turn dan belok kiri selepas stesen petrol Petronas dan MCDonald.Setelah belok ke kiri, semua jalan masuk akan ada simpang dan ‘Gerbang Menyambut’. Terus sahaja dan di sepanjang jalan, anda akan lihat pintu masuk Electricsolar di sebelah kanan dan terus  ke Kg. Janda Baik. Tiba di jembatan pertama di Kg. Janda Baik, terus ke jalan raya sampai melihat ABC Camp dan Hawa Camp di sebelah kiri dan teruskan sedikit lagi akan tiba di eRYAbySURIA JANDA BAIK.

Kami  menunggu kedatangan  anda.

More info

Tawaran

Di mana kami

Address Lot 8567, Kampung Janda Baik 28700 Mukim Bentong, Pahang Malaysia Phone +60 9 221 0200   Fax +60 9 221 0299