Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Hot spring Bentong

Perjalanan anda menyelusuri keindahan alam semulajadi sejati bermula di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong, Pahang. Air panas semulajadi yang mengalir terus ke kolam mandi dan kawasan mandi peribadi hotel ini pasti menambat hati anda. ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong, Pahang juga dilitupi dengan hutan tropika indah di bandar Bentong – sajian istimewa bagi pengunjung yang mencari ketenangan. ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong menampilkan penginapan kontemporari dan selesa dengan dua kolam renang panas dan sejuk untuk keselesaan anda – amat sesuai untuk pengunjung yang ingin melupakan hiruk-pikuk kota. *Terbuka untuk umum, bayaran masuk akan dikenakan.

Hot spring Bentong

ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong, Pahang terletak kira-kira 69 kilometer atau satu jam perjalanan dari ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur. Tersergam indah di tengah-tengah hutan indah Bentong, hotel ini menawarkan kolam air panas semulajadi yang pasti akan menyegarkan anda.

 

Air panas semulajadi yang kaya dengan mineral ini telah terbukti mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan. Dan jika itu tidak memadai, pengunjung juga boleh memilih untuk merehatkan diri di kolam air biasa. Kolam peribadi turut ditawarkan di setiap vila bagi memberi kepuasan maksima untuk semua pengunjung.

 

Selain dari kolam air panas semulajadinya, Bentong juga terkenal dengan keindahan tarikan tumbuh-tumbuhan dan keunikan flora dan faunanya. Kecantikan burung-burung, kelawar dan pelbagai spesis serangga mengalu-alukan kedatangan anda ke bandar ini.

 

Luangkan masa anda di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong sambil melawat tempat-tempat menarik di Bentong seperti Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Taman Rusa, Kuala Gandah Lanchang dan jika inginkan lagi kedinginan, anda boleh teruskan percutian anda ke Genting Highlands.

 

Bagi pencinta flora dan fauna, ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong pastinya membawa anda dekat dengan alam semulajadi yang amat indah.

 

Kedatangan anda kami alu-alukan.

More info

Tawaran

Di mana kami

Address Lot 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama Mukim Bentong 26700 Bentong, Pahang Malaysia Phone +60 9 221 0200   Fax +60 9 221 0299