Book online your hotel

Day
Month
Year
Day
Month
Year
Cancel a booking

Cherating

Nikmati keindahan Pantai Cherating dengan menginap di salah sebuah hotel yang amat strategik. ēRYAbySURIA Cherating, Pahang mengalu-alukan anda untuk menikmati udara segar Laut China Selatan sambil bersiar-siar di pantai yang penuh dengan keunikan tropika. Berlandskapkan pasir pantai yang putih dan air laut yang jernih, Pantai Cherating juga akan membuai pengunjung dengan ketenangan flora dan faunanya. Adunan sempurna konsep kontemporari dan kemewahan, ēRYAbySURIA Cherating menawarkan penginapan tepi pantai yang klasik beserta kolam renang dan taman-taman yang menambah keunikan Pantai Cherating – menjadikan percutian anda satu momen indah.

Cherating

Terletak di lokasi yang sangat strategik di sepanjang perairan Laut China Selatan, ēRYAbySURIA Cherating, Pahang amat terkenal dengan keindahan pantai yang memutih disinari cahaya suria.

 

Cherating adalah destinasi wajib kunjung bagi pelancong-pelancong serata dunia dan ēRYAbySURIA Cherating, Pahang terletak hanya 45 kilometer dari pusat bandar Pahang, Kuantan.

 

Tidak kira melancong bersama keluarga, insan tersayang mahupun rakan taulan, ēRYAbySURIA Cherating, Pahang menyediakan resepi percutian terbaik pada yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota.

 

Datanglah ke ēRYAbySURIA Cherating dan jangan ketinggalan untuk meneroka tempat-tempat menarik di sini seperti Tasik Chini, Gua Charah, Pusat Pembiakan Penyu dan Kampung Kebudayaan Cherating. Malam anda juga tidak akan sunyi dengan peluang melawat pertunjukan kunang-kunang di Libok.

 

Tidak ketinggalan, pengunjung-pengunjung harus melawat kedai-kedai menjual ikan-ikan segar, keropok mentah dan lekor – dan mencuba makanan wajib di sini – nasi dagang.

 

Bersiap sedialah dengan pakaian mandi anda dan rasainya keseronokan bermain dengan ombak dan nikmatilah pemandangan matahari terbenam di kala senja menjengah.

 

Kami menanti kehadiran anda.

More info

Tawaran Istimewa

Di mana kami

Address KM32.5, Jalan Kuantan/Kemaman 26080 Cherating, Pahang Malaysia Phone +60 9 584 7000   Fax +60 9 584 7100